Wednesday, May 12, 2010

Nasihat Lukman Al-Hakim kepada anaknya

nasihat lukman al-hakim kepada anaknya..
  • "Wahai anakku!apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah hikmah dan kebijaksanaanmu.Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusanya, dimana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan munajat (menghadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)".

  • "Wahai anakku!kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya,maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya".

  • "Wahai anakku!kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah,danjanganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan.Kerana jenazah itu akan mengingatkanmu akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini.Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini membuatkanmu beasa senang dengan kehidupan dunia".

  • "Wahai anakku!aku telah memikul batu-batu yang besar,aku juga sudah mengangkat besi-besi berat,tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat dari tangan-tangan yang buruk perangainya".

  • "Wahai anakku!aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit,tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan".

  • "Wahai anakku!aku sedah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan,tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang".