Tuesday, September 11, 2012

Kelebihan Ayat Kursi

Assalamualaikum..

- Ayat Kursi... Allah nak bagi kreadit untuk sape-sape yang rajin membacanya.. Allah sayang kita ; Allah sediakan "bodyguard" untuk protect kita dari anasir-anasir jahat..dari Syaitanirrajim..

Seperti sabda nabi...
Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

- Dunia ni tempat transit je... Jadi, lagi kelebihan ayat kursi bagi insan-insan yang nak "tambah bekal" untuk ke "stesen akhir"..


Dalam hadis nabi menyebut,
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian."
(HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)..



Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. 

Yang tidak mengantukdan tidak tidur. 
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. 
Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. 
Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). 
(al-Baqarah ayat 255)



Oleh itu, rajin-rajin la buat side income untuk bekal ke "stesen akhir" ye..Allah menyajikan pada kita 1001 peluang untuk ke syurga. Antara nak atau tak nak... Antara malas atau rajin je..
Selain tu, jangan pulak lupa nak jaga ibadah yang dah sedia wajib tu... Solat 5 waktu, Puasa ramadhan, tunai haji, & kuarkan zakat.. untuk akhirnya.......


 


Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan segala isinya...Wallahua'lam..

Wednesday, September 5, 2012

Niqab

Assalamualaikumwarahmatullah..

Teringin rasanya nk pakai niqab. Ntah kenapa, tiba-tiba hati ni tertarik bila tengok wanita berniqab..cantik!
Ketepikan "cakap-cakap" orang lain.. Mereka tak rasa apa yang kita rasa..Mereka tak hadir membantu bila kita susah. Yang tanggung siapa?diri sendiri.............Sudah tentu wanita yang bertutup ini selamat dari segala "gangguan luar" yang kita pun tak tau ntah bila akan hadir..Lagi-lagi dengan situasi dunia sekarang ni. Bertambah-tambah la risaunya. Kalau rasa x mampu nak berniqab, cukup lah dengan menjaga aurat....tutup tempat yang sepatutnya ditutup. Islam itu indah. Semua perintah Allah itu ada sebabnya.. DIA sayangkan kita..Buktinya??
Ok, admin bagi contoh....ada 2 batang lolipop. Lolipop A masih bersampul, manakala Lolipop B dibuka sampulnya..diletakkan di atas meja dalam masa 1 jam..Kita lihat hasilnya..Sudah tentulah lolipop B yang akan dihurungi semut dan lalat..Mengapa? sebab terdedah tanpa balutan.


Begitu juga kita..wanita..Lebih selamat apabila menutup aurat, dan kredit bagi yang berniqab :-)
Kadang-kadang kita tengok minah arab pakai niqab, kita cakap " Alah,tu dah memang pakaian adat & tradisi diorang..apa yang bagusnya tiru adat orang lain..Jadi diri sendiri la!!!"
Habis,bagus sangat la kita ikut style omputih tu?? Buka sana,buka sini,lubang sana,lubang sini..Selak sana selak sini....
* Fikir la...Benda baik....apa salahnya kita ikut..Allah bagi akal untuk berfikir. Allah sayangkan kia..Jadi, please........sayangi diri sendiri sebelum mengharapkan kasih sayang orang lain.
Sebelum admin habiskan celoteh ni, meh kita cuci mata sikit.. Lihat dan tanya hati, apa sebenarnya makna "indah" yang hakiki..Wassalam..
Cantik kan u ollss....\(^___^)/ I like......












Jom la kita try...belum cuba belum tahu..dah cuba baru tahu..!

Wednesday, August 1, 2012

ZINNIRAH

Baca dan ketahuilah, bahawa wanita ini tidak terkenal dibumi,tetapi terkenal dilangit kerana semangatnya mempertahankan Agama tercinta,Islam...Muhasabahlah diri dengan mengetahui 
sejarah-sejarah Islam.. Hebatnya syahid dan syahidah tak dapat ditandingi..Contohilah mereka demi memelihara kesucian islam..



ZINNIRAH

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome.Kehidupan keluarganya sangat miskin dan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi,Zinnirah dilayan dengan kasar oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah, dan beliau memeluk islam.Namun beliau terpaksa beribadah secara rahsia kerana tuannya memusuhi islam.


               Nasibnya malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh ketika itu, Umar Al-Khattab.
Ketika itu,Umar belum memeluk islam dan tidak mengetahui keislaman Zinnirah. Umar sangat memusuhi Rasulullah, terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni oleh lawan dan kawan. Akhirnya, Umar mengetahui Keislaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca Al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.


 "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah... 


               Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa." 


               Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam. 


sumber:halaqah.net