Wednesday, August 1, 2012

ZINNIRAH

Baca dan ketahuilah, bahawa wanita ini tidak terkenal dibumi,tetapi terkenal dilangit kerana semangatnya mempertahankan Agama tercinta,Islam...Muhasabahlah diri dengan mengetahui 
sejarah-sejarah Islam.. Hebatnya syahid dan syahidah tak dapat ditandingi..Contohilah mereka demi memelihara kesucian islam..



ZINNIRAH

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome.Kehidupan keluarganya sangat miskin dan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi,Zinnirah dilayan dengan kasar oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah, dan beliau memeluk islam.Namun beliau terpaksa beribadah secara rahsia kerana tuannya memusuhi islam.


               Nasibnya malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh ketika itu, Umar Al-Khattab.
Ketika itu,Umar belum memeluk islam dan tidak mengetahui keislaman Zinnirah. Umar sangat memusuhi Rasulullah, terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni oleh lawan dan kawan. Akhirnya, Umar mengetahui Keislaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca Al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.


 "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah... 


               Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa." 


               Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam. 


sumber:halaqah.net

1 comment: